Wednesday, 20 April 2011

pembumian

salam..hari ni sy nak share dgn sume serba sedikit yg sy tahu ape itu pengebumian pembumian..haa,jom kter same2 bace..



Pembumian pada setiap pendawaian adalah perkara yang sangat penting.Ia bertujuan untuk melindungi bangunan dan perumahan yang telah siap membuat pendawaian yang sempurna.Pembumian juga melindungi alat-alat perkakasan elektrik yang terdapat dirumah dan melindungi rumah daripada kilat. Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik dibumikan. Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Dawai pembumian mestilah mempunyai rintangan yang tidak melebihi 10 ohm dan pengalir pelindunglitar bumi 0.5 ohm iaitu apabila arus sebanyak 10A ,40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan menggunakan bekalan arus ulang-alik.Fius,pemutus litar,penyambung dan suis satu hala tidak dibenarkan pasang bersebelahan dengan pengalir neutral.Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu hendaklah di pasang dengan system pembumian berbilang pelindung.Hanya digunakan pada litar voltan rendah dan mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.


       ELCB yang mengawal pembumian.

Apabila berlaku kilat atau litar pintas,elcb(earth leakage circuit beraker) akan memainkan peranan penting untuk memutuskan litar supaya tidak berlaku kebakaran ataupun letupan.Ia menjaga keselamatan pada rumah dan manusia.Ianya terletak di dalam kotak agihan.















ELCB atau autoreset.



        Pembumian

Pembumian menggunakan kabel bersaiz 2.5mm pada rumah dan bagunan 1 fasa dan 25mm pada 3 fasa.Kabel selalunya berwarna hijau .Selalunya kontraktor akan menebuk dan menanam kabel pembumian supaya ia lebih selamat dan kemas membuat pendawaian dari kotak agihan dan terus ke kotak pembumian.

      Tujuan utama dari pembumian ini adalah untuk:

  •          Menyediakan pusat alternatif bagi arus gangguan mengalir sehingga tidak akanmembahayakan pengguna .
  •     Pastikan bahawa semua bahagian konduktif terbuka tidak mencapai potensi berbahaya.
  •     Mempertahankan voltan pada setiap bahagian daripada sistem kelistrikan dengan nilai yang dikenali sehingga dapat mencegah kelebihan voltan saat ini atau yang berlebihan pada peralatan atau peralatan.


        Kualiti sistem pembumian yang baik adalah:
  1.                          Harus halangan kuasa yang rendah.
  2.                          Harus ketahanan kakisan yang baik.
  3.             Harus mampu menghilangkan gangguan yang tinggi saat ini berulang-ulang.


       Komponen yang wajib dibumikan:

Antara komponen yang wajib dibumikan adalah seperti berikut:
v  Peralatan elektrik yang menggunakan elemen pemanas
v  Pembuluh logam pada sistem pendawaian elektrik.
v  Rangka bumbung yang diperbuat daripada logam

No comments:

Post a Comment