Arus terus (a.t) adalah arus elektrik yang mengalir berterusan pd satu arah sahaja.Ini merupakan jenis arus elektrik yang dibekalkan oleh sel voltan.Selagi kekutuban voltan pada pangkalan2 sel voltan adalah tetap dan tidak terbalik,maka sel voltan ini boleh disebut sebagai punca voltan terus.
SUMBER-SUMBER ARUS TERUS
1/Bateri
Bateri atau sel merupakan sumber arus terus dimana ia direka untuk menghasilkan voltan keluaran dan arus keluaran maksimum yang tertentu.Beza upaya yang terhasil diantara pangkalan2 sel bergantung kepada bahan2 elektrod tp tidak kpd saiz fizikal elektrod atau kuantiti elektrolid.Arus keluaran sel bergantung kepada voltan keluaran dan rintangan beban luar iaitu
I= E
R
Dimana I adalah arus keluaran,E ialah voltan pangkalan sel dan R rintangan beban luar.Walaubagaimanapun,arus maksimum yang boleh dibekalkan oleh satu sel ada hadnya.
2/Sel solar
Sel solar juga merupakan satu sumber arus terus dimana pancaran cahaya matahari boleh menghasilkan arus elektrik.Contoh2 alat elektrik yg menggunakan sinaran matahari sebagai punca arus elektrik ialah kalkulator dan sistem pemanasan air di rumah.
ARUS ULANG ALIK(AC)
Arus ulang-alik (a.u) adalah arus yg sentiasa berubah2 pengalirannya.Perubahan arah pengaliran arus adalah disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan yg berselang-seli.Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar.Seterusnya nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif.Kemudian nilai arus kembali naik ke sifar.
SUMBER ARUS ULANG-ALIK.
Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan sebuah mesin yg menggunakan prinsip aruhan elektromagnet dimana ia menukar tenaga mekanikal kpd tenaga elektrik.Terdapat 2 cara utk menjana voltan arus (a.u) iaitu
1)pengalir bergerak,fluks medan magnet (diam) (pengalir memotong fluks).
2)fluks medan magnet bergerak,pengalir pegun(diam) (fluks memotong pengalir)
dalam sebuah penjana asas iaitu dgn andaian pengalir tunggal,pengalir itu dinamakan angkir(armature).Hujung angkir gelung itu disambung ke gelang gelincir(slip ring).Gelang gelincir ini ditebat diantara satu sama lain dan dari shaft dimana ia dipangsikan(mounted).Berus2 karbon disambung ke gelang pelincir utk membolehkannya menyambung pengalir(angkir) bergerak ke litar luar(terminal keluaran).Angkir mestilah dipacu dgn daya mekanikal.Oleh itu ,penjana dikatakn mesin yg menukar tenaga mekanikal kpd tenaga elektrik.
No comments:
Post a Comment